Skip to main content

1. Tawaran diskaun 20% ke Wetland Studios Putrajaya (WSP) sempena sambutan Hari Guru 2024 boleh digunakan untuk pembelian tiket secara langsung di kaunter WSP sahaja oleh para guru yang mempunyai kad ID guru dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.

2. ⁠Pembelian tiket tanpa had ini adalah untuk tujuan peribadi dan rombongan ahli keluarga sahaja; dan tidak termasuk rombongan sekolah ke WSP.

3. Guru perlu menunjukkan kad ID guru Kementerian Pendidikan Malaysia yang sah semasa pembelian tiket.

4. Tawaran diskaun ini bermula pada 16 Mei 2024 dan berakhir pada 15 Jun 2024 iaitu selama tempoh 1 bulan.

5. ⁠Tiket yang dibeli tidak boleh dijual semula kepada orang ramai.

6. Diskaun hanya sah untuk pembelian tiket masuk ke WSP dan tidak termasuk pembelian lain seperti SkyDreamVR, Perkhidmatan Foto, Lawatan Berpandu, Makanan & Minuman, dan Cenderamata di WSP.

7. Tiada pertukaran, pemulangan, atau penggantian tiket selepas pembelian.

8. Tiada sesiapa yang dibenarkan masuk ke WSP tanpa tiket yang sah kecuali kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah yang diiringi oleh ibubapa atau penjaga.

9. WSP berhak mengubah, mengemas kini, atau menukar Terma dan Syarat Diskaun Tiket ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara WSP tanpa notis terlebih dahulu. Sebarang perubahan, kemas kini, atau penukaran akan dipaparkan di laman web atau Kaunter Tiket WSP. Akses atau penggunaan berterusan anda bagi perkhidmatan Pembelian Tiket Dalam Talian WSP selepas sebarang perubahan sedemikian akan dianggap sebagai persetujuan anda terhadap perubahan tersebut.

10. Terma dan Syarat yang dinyatakan adalah berdasarkan Undang-Undang Malaysia.